Friday, February 26, 2010

Agak Fobia Dengan...

"Tak payah susah-susah tau.."

aku agak fobia dengan ayat ni.. kerana ayat inilah aku dapat tau dia dah ada yang lain..

aku akui, aku silap, aku tak sepatutnya bersangka buruk jika perempuan yang lain mengeluarkan ayat ini. Perkara yang lepas, jangan la difikir-fikirkan lagi. apa yang ada sekarang inilah masa depan aku, yang perlu aku jaga. Apa yang penting ialah SEKARANG.

Aku berjanji pada diriku, aku akan membahagiakan dirinya. kebahagiaan dia adalah kebahagiaanku juga. Kerana aku sedar apa yang aku perlu.. apa yang aku mahu..

Aku perlukan dia dalam hidup aku..
Aku mahukan dia sentiasa gembira,
kerana senyuman yang terukir diwajahnya adalah segala-galanya buat aku..

awak.. saya cintakan awak..

Monday, February 1, 2010

Ucapan

dalam post ni adalah ucapan sweet yang akhirnya jadi shit!

sweet : Thanks for calling...
shit : Tak yah susah-susah, tak call pun takper..

Saturday, January 30, 2010

Do You Love Me? [part 2]

Kini tibalah waktu yang ku nanti, iaitu berjumpa dengan M. di kafeteria, kami berjumpa, bersama rindu yang terpendam lama.. ketika itu, wajahnya yang putih kemerah-merahan kerana penat mengangkat barang serta ayu itu betul-betul membuatku tidak boleh lupa hingga ke hari ini. walaubagaimanapun pertemuan kami sangat singkat.. walaupun singkat, saat-saat bersamanya terbawa-bawa sampai la malam, esok pagi, tengah hari, petang, malam keesokannya..

erm.. boring a cerita pasal M sebenarnya, sebab dia dah ada BF.. so apa kata aku skip kan cerita M.. hehe..

Sekarang tamatlah pembelajaran ku di Sekolah menengah..

Monday, January 18, 2010

Terlalu Leka

Kadang-kadang kita perlu meluahkan isi hati kita yang sudah lama terpendam. Bergai-bagai cara boleh kita gunakan antaranya seperti gambar dibawah.



Bercakap seorang diri juga boleh meredakan tekanan. Tetapi jika anda kerap bercakap seorang diri, adalah sangat digalakkan untuk berjumpa psychologist, kerana dikhuatiri akan membahayakan diri anda dan masyarakat di sekeliling anda jika tidak dibendung dari awal.

Tanpa disedari, dialah permata yang berada digenggaman, tapi kaca tang bersadur keemasan juga yang di kejar.. sesungguhnya aku telah melakukan kesilapan besar... tersangat-sangat besar..

Maafkan diriku wahai kekasih...

Saturday, January 16, 2010

Do You Love Me? [part 1]

Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11:47 pagi, ayam jantan masih lagi berkokok, seolah-olah menunjukkan bakat masing-masing dalam seni suara ayam, mungkin juga bersaing untuk memikat si ayam betina. Air cendol yang di beli di pasar tani, sedikit demi sedikit di minum sambil jari jemari menaip komputer riba, meluahkan rasa hati yang sekian lama terpendam. aku diselubungi rindu yang teramat sangat dengan N. Aku sentiasa memikirkan, dan merisik khabarnya, malam ku suram, siang ku kelam, kegelisahan, mencari-cari kemana pergi harga diri ini. Adakah aku menghampirinya bersama luka di hati?


Segalanya bermula pada tahun 2002, ketika itu aku berada di Tingkatan 4 di sebuah sekolah yang agak terkenal di Malaysia. Pada hari pertama persekolahan, aku berjumpa seorang kawan bernama Midi(bukan nama sebenar, nama sebenar dia Hamidi =p). Perkara pertama yang mengejutkan aku ialah, pada waktu itu, kami berdua sahaja lelaki, lebih 20 orang budak perempuan, tak dapat di bayangkan punyalah segan waktu nak masuk kelas, lama-lama masuk gak kelas tu, duk belakang sekali, dulu sebelum ini memang duduk di depan.


Duduk sahaja di belakang, maka macam biasa, adalah temuduga tak rasmi berlangsung, member perempuan yang aku ingat Stanum, ngan Deli yang first tegur kitorang, kemudian, dalam beberapa saat, mata aku terpukau pada seorang gadis yang ayu.. berkaca mata, berkulit cerah.. sama seperti apa yang aku idamkan ketika itu (terpengaruh kartun Kartini karya Tembakau). Hati aku berdegup agak laju, setiap kali melihatnya di hadapan ku. ingin sekali aku bertanya, Maa ismuki?


Sesi pembelajaran pertama bermula, guru tingkatan masuk ke kelas, mengucapkan tahniah kerana terpilih memasuki sekolah berkenaan, dan seterusnya sesi melantik Ketua Tingkatan, dan AJK.


Alhamdulillah, berkat kecomelan aku, aku telah di pertanggungjawabkan untuk menjadi Ketua tingkatan, dengan majoriti 20 lebih berbalas kurang dari sepuluh. Kemudian sesi memilih penolong ketua tingkatan. dan ketika inilah aku mengetahui namanya, M.


M tinggal di Negeri Sembilan, mempunyai seorang kakak H iaitu senior di sekolah yang sama. Bapanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. dan kampungnya di Melaka.


Sejak dari hari itu, aku selalu bersama M dalam menjalankan amanah sebagai Ketua tingkatan dan Penolong ketua tingkatan, sebenarnya masuk kali ni, kali yang ke 4 aku menjadi ketua tingkatan, dan aku akui aku dah malas nak jadi ketua tingkatan, tapi disebab kan ada pembakar semangat, aku turutkan juga.. huhu...


Antara cabaran yang kami lalui selaku pemimpin kelas ialah, pemilihan alas meja, aku cadangkan warna merah (kalau tak silap aku) dan dia pula cadangkan warna Biru, kata sepakat tak dapat dicapai.


Perkenalan ku dan dia tidak kekal lama, hanya sebulan, kerana dia mungkin jenis manja kot, tak tahan duduk asrama, dan mungkin tak boleh jauh dengan keluarga, lebih-lebih lagi, kursus kami memerlukan kami untuk bercucuk tanam. Mungkin dia tak nak kulit dia kasar mcm kulit pokok. Akhirnya dia meninggalkan sekolah dan juga aku. minggu pertama, terasa sunyi beb. maklumlah, pertama kali, suka kat seseorang, lepas tu berpisah. Terima kasih kepada Telekom Malaysia (kini dikenali dengan nama TM), kerana menyediakan pondok telefon di sekolah kami, walaupun selalu juga tak boleh guna. Ketika itu telah wujud hobi yang tak disengajakan iaitu menabung wang syiling kedalam pondok telefon. Agaknya kalau duit tu kumpul, mungkin aku dah boleh beli snack plate spicy dengan cheezy wedges. Tapi tak pa, sayang punya pasal(waktu tu la).


Aku pun dah tak ingat berapa kerap aku telefon, and apa yang aku cerita. Cuma aku dapat tahu, dia dah ada boyfriend kat sekolah lama dia. Itu pun sebab aku lembab, sembab dan lambat. Aku tidak meluahkan isi hati aku pada dia(padan muka aku). Walaubagaimanapun, kami masih berhubung dan berkongsi cerita, ketika itu, Piala Dunia Bola Sepak.. Jerman VS Brazil, dia tanya aku, awak sokong mana? so aku jawab Brazil (memang team feveret), dia sokong Jerman sebab bf dia sokong Jerman.. hehe, takder pendirian sendiri, suke sangat ikut orang.. Alhamdulillah, Brazil telah menang kih kih kih, padan muka, kalah.. HAHA!


Sebelum itu, pada bulan Mei, kami berjanji akan bertemu, bukan lah dating, cuma jumpa biasa2 je, di kafeteria...


bersambung...


"Jika menyintai seseorang, luahkan isi hati mu,
Jangan sesekali takut, atau gementar untuk di tolak, dimaki atau disimbah air,
Sekurang-kurangnya dia tahu ada orang menyintainya dan telah pun terukir sedikit namamu di dalam hatinya..."

Crucify My Love

Crucify my love
If my love is blind
Crucify my love
If it sets me free
Never know Never trust
"That love should see a color"
Crucify my love
If it should be the way

Swing the heartache
Feel it inside out
When the wind cries
I'll say goodbye
Tried to learn Tried to find
To reach out for eternity
Where's the answer
Is this forever

Like a river flowing to the sea
You'll be miles away, and I will know
I know I can deal with the pain
No reason to cry

Crucify my love
If my love is blind
Crucify my love
If it sets me free
Never know Never trust
"That love should see a color"
Crucify my love
If it should be the way

'Til the loneliness shadows the sky
I'll be sailing down and I will know
I know I can clear clouds away
Oh Is it a crime to love

Swing the heartache
Feel it inside out
When the wind cries
I'll say goodbye
Tried to learn Tried to find
To reach out for eternity
Where's the answer
Is this forever

If my love is blind
Crucify my love
If it sets me free
Never know Never trust
"That love should see a color"
Crucify my love
If it should be the way

ANNOUNCEMENT

This page was known as wajahkesayanganhamba.blogspot.com, author changed the link to give a new start for this page, although he doesn't know what he want to put inside here. Is he want to make it full of love?

One love,
applechip