Friday, February 26, 2010

Agak Fobia Dengan...

"Tak payah susah-susah tau.."

aku agak fobia dengan ayat ni.. kerana ayat inilah aku dapat tau dia dah ada yang lain..

aku akui, aku silap, aku tak sepatutnya bersangka buruk jika perempuan yang lain mengeluarkan ayat ini. Perkara yang lepas, jangan la difikir-fikirkan lagi. apa yang ada sekarang inilah masa depan aku, yang perlu aku jaga. Apa yang penting ialah SEKARANG.

Aku berjanji pada diriku, aku akan membahagiakan dirinya. kebahagiaan dia adalah kebahagiaanku juga. Kerana aku sedar apa yang aku perlu.. apa yang aku mahu..

Aku perlukan dia dalam hidup aku..
Aku mahukan dia sentiasa gembira,
kerana senyuman yang terukir diwajahnya adalah segala-galanya buat aku..

awak.. saya cintakan awak..

No comments: