Saturday, January 16, 2010

Do You Love Me? [part 1]

Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11:47 pagi, ayam jantan masih lagi berkokok, seolah-olah menunjukkan bakat masing-masing dalam seni suara ayam, mungkin juga bersaing untuk memikat si ayam betina. Air cendol yang di beli di pasar tani, sedikit demi sedikit di minum sambil jari jemari menaip komputer riba, meluahkan rasa hati yang sekian lama terpendam. aku diselubungi rindu yang teramat sangat dengan N. Aku sentiasa memikirkan, dan merisik khabarnya, malam ku suram, siang ku kelam, kegelisahan, mencari-cari kemana pergi harga diri ini. Adakah aku menghampirinya bersama luka di hati?


Segalanya bermula pada tahun 2002, ketika itu aku berada di Tingkatan 4 di sebuah sekolah yang agak terkenal di Malaysia. Pada hari pertama persekolahan, aku berjumpa seorang kawan bernama Midi(bukan nama sebenar, nama sebenar dia Hamidi =p). Perkara pertama yang mengejutkan aku ialah, pada waktu itu, kami berdua sahaja lelaki, lebih 20 orang budak perempuan, tak dapat di bayangkan punyalah segan waktu nak masuk kelas, lama-lama masuk gak kelas tu, duk belakang sekali, dulu sebelum ini memang duduk di depan.


Duduk sahaja di belakang, maka macam biasa, adalah temuduga tak rasmi berlangsung, member perempuan yang aku ingat Stanum, ngan Deli yang first tegur kitorang, kemudian, dalam beberapa saat, mata aku terpukau pada seorang gadis yang ayu.. berkaca mata, berkulit cerah.. sama seperti apa yang aku idamkan ketika itu (terpengaruh kartun Kartini karya Tembakau). Hati aku berdegup agak laju, setiap kali melihatnya di hadapan ku. ingin sekali aku bertanya, Maa ismuki?


Sesi pembelajaran pertama bermula, guru tingkatan masuk ke kelas, mengucapkan tahniah kerana terpilih memasuki sekolah berkenaan, dan seterusnya sesi melantik Ketua Tingkatan, dan AJK.


Alhamdulillah, berkat kecomelan aku, aku telah di pertanggungjawabkan untuk menjadi Ketua tingkatan, dengan majoriti 20 lebih berbalas kurang dari sepuluh. Kemudian sesi memilih penolong ketua tingkatan. dan ketika inilah aku mengetahui namanya, M.


M tinggal di Negeri Sembilan, mempunyai seorang kakak H iaitu senior di sekolah yang sama. Bapanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. dan kampungnya di Melaka.


Sejak dari hari itu, aku selalu bersama M dalam menjalankan amanah sebagai Ketua tingkatan dan Penolong ketua tingkatan, sebenarnya masuk kali ni, kali yang ke 4 aku menjadi ketua tingkatan, dan aku akui aku dah malas nak jadi ketua tingkatan, tapi disebab kan ada pembakar semangat, aku turutkan juga.. huhu...


Antara cabaran yang kami lalui selaku pemimpin kelas ialah, pemilihan alas meja, aku cadangkan warna merah (kalau tak silap aku) dan dia pula cadangkan warna Biru, kata sepakat tak dapat dicapai.


Perkenalan ku dan dia tidak kekal lama, hanya sebulan, kerana dia mungkin jenis manja kot, tak tahan duduk asrama, dan mungkin tak boleh jauh dengan keluarga, lebih-lebih lagi, kursus kami memerlukan kami untuk bercucuk tanam. Mungkin dia tak nak kulit dia kasar mcm kulit pokok. Akhirnya dia meninggalkan sekolah dan juga aku. minggu pertama, terasa sunyi beb. maklumlah, pertama kali, suka kat seseorang, lepas tu berpisah. Terima kasih kepada Telekom Malaysia (kini dikenali dengan nama TM), kerana menyediakan pondok telefon di sekolah kami, walaupun selalu juga tak boleh guna. Ketika itu telah wujud hobi yang tak disengajakan iaitu menabung wang syiling kedalam pondok telefon. Agaknya kalau duit tu kumpul, mungkin aku dah boleh beli snack plate spicy dengan cheezy wedges. Tapi tak pa, sayang punya pasal(waktu tu la).


Aku pun dah tak ingat berapa kerap aku telefon, and apa yang aku cerita. Cuma aku dapat tahu, dia dah ada boyfriend kat sekolah lama dia. Itu pun sebab aku lembab, sembab dan lambat. Aku tidak meluahkan isi hati aku pada dia(padan muka aku). Walaubagaimanapun, kami masih berhubung dan berkongsi cerita, ketika itu, Piala Dunia Bola Sepak.. Jerman VS Brazil, dia tanya aku, awak sokong mana? so aku jawab Brazil (memang team feveret), dia sokong Jerman sebab bf dia sokong Jerman.. hehe, takder pendirian sendiri, suke sangat ikut orang.. Alhamdulillah, Brazil telah menang kih kih kih, padan muka, kalah.. HAHA!


Sebelum itu, pada bulan Mei, kami berjanji akan bertemu, bukan lah dating, cuma jumpa biasa2 je, di kafeteria...


bersambung...


"Jika menyintai seseorang, luahkan isi hati mu,
Jangan sesekali takut, atau gementar untuk di tolak, dimaki atau disimbah air,
Sekurang-kurangnya dia tahu ada orang menyintainya dan telah pun terukir sedikit namamu di dalam hatinya..."

5 comments:

Awan said...

huhu...
nice story...
pe ek smbungn dy..
hahah
n maa ismuki 2 pe???

Anonymous said...

haha..
kesin..sdey.. klaka.. nyampas
pon ad bace ni.. haha
xpe.. tggu cite strusnye...

~Juejune~ said...

cam poyo jek...
hehheehe...
bakat novelis tue adala...

akira sendoh said...

okeh2..teruskan..tak sabo nk bca seterusnya nih..hehe..

Genji said...

Yo :p cute story.. like the wording :D hontouni sugei :D :D please continue....